Tuesday, 20 May 2014

The Objectives of Yayasan Harapan


Memenuhi Harapan Komuniti Terpinggir

Fulfilling the Aspirations of the Under Served Communities


MATLAMAT KAMI
Our Objectives

Yayasan Harapan atau sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Muwaffaq ditubuhkan untuk membantu golongan masyarakat yang terpinggir mencetuskan satu harapan baru untuk mencapai kehidupan yang lebih cerah dan bermakna.

Yayasan Harapan or previously known as Yayasan Muwaffaq was established to empower the under-served communities to aspire a new hope for a better and more meaningful lives.


Matlamat tersebut di atas adalah selaras dengan apa yang termaktub di dalam Surat Ikatan Amanah penubuhan Yayasan bertarikh 30hb Mac, 1995 yang di antara lain menyebut bahawa matlamat Yayasan ialah untuk:

1.     Membiayai biasiswa, hadiah, geran, elaun atau bantuan kewangan yang lain kepada pelajar atau penuntut ilmu dan individu-individu yang menjalankan sebarang penyelidikan yang konsisten dengan objektif Yayasan;
2.     Membiayai kerja-kerja penyelidikan atau projek-projek yang diatur oleh Yayasan atau oleh pihak-pihak yang lain yang mempunyai matlamat yang sama dengan Yayasan dan menerbitkan hasil kajian tersebut;
3.     Menganjur pameran, kuliah, kelas, seminar dan kursus samada secara bersendirian atau dengan pihak-pihak yang lain yang konsisten dengan matlamat Yayasan;
4.     Menyediakan kemudahan atau perkhidmatan yang dianggap oleh Pemegang Amanah boleh memberikan menafaat awam;
5.     Memberikan bantuan untuk memperbaiki taraf kehidupan golongan yang memerlukan melalui pemberian bantuan kewangan, kemudahan, dan perkhidmatan berkaitan dengan kesejahteraan awam, kesihatan dan pendidikan;
6.     Membiaya atau menganjur program-program pembinaan shaksiyah, latihan kepimpinan dan program pembangunan kemahiran khusus yang selaras dengan keperluan negara;
7.     Menganjur sebarang program yang boleh mencapai matlamat penubuhan Yayasan.


The above-mentioned objectives are consistent with what was written in the Trust Deed of the Yayasan dated 30th March, 1995 which among others stated that the objectives of the Yayasan were  to:

1.     Awarding of scholarships, honoraria, grants, maintenance allowances or other financial assistance to any student or scholar and individuals carrying out or conducting any research consistent with the objectives of the Foundation;
2.     Sponsoring research works or projects organized by the Foundation or in conjunction with other persons or bodies having similar aims with the Foundation and publishing results of all or any of such results;
3.     Holding exhibitions, lectures, classes, seminars and courses either alone or with others consistent with objectives of the Foundation;
4.     Providing such facilities or services as the Trustees deem appropriate for the benefit or welfare of the public;
5.     Providing assistance for the improvement of the standard of living of the needy through the provision of financial aid, facilities and services in respect of welfare, health and education;
6.     Sponsoring or conducting character building programmes, leadership training and programmes for the development of specialised skills in line with the need of the nation;
7.     Otherwise, carrying out or furthering the objects of the Foundation.

No comments:

Post a Comment